Real Madrid Tumpaskan Almeria Untuk Daki Tangga Kedua Liga - Sukan | mStar

Real Madrid Tumpaskan Almeria Untuk Daki Tangga Kedua Liga

Di Maria menjaringkan gol pertama Real Madrid ketika menentang Almeria dalam perlawanan liga yang menyaksikan mereka menang 4-0 pada Sabtu.

KETIKA Barcelona terus ditimpa nasib malang, pesaing terapat mereka, Real Madrid mencipta kejayaan dengan menumpaskan Almeria 4-0 dalam perlawanan liga pada Sabtu.

Dan mereka mencipta kemenangan itu tanpa Cristiano Ronaldo.

Gareth Bale menjaringkan golnya yang ke-14 dalam liga dan yang ke-19 keseluruhan musim ini.

Tujuh daripada golnya diperolehi ketika Ronaldo tidak beraksi.

Kemenangan ini menyaksikan mereka memotong Barcelona untuk menduduki tempat kedua dengan Atletico Madrid masih mendahului liga.

Perlawanan itu juga menyaksikan Karim Benzema mencipta sejarah bermain sebanyak 227 kali untuk Madrid menyamai jumlah permainan Zinedine Zidane.

Real Madrid: Lopez, Nacho, Fabio Coentrao (Llorente 73), Illarramendi, Pepe, Varane, Modric, Isco, Benzema, Di Maria (Casemiro 64), Bale (Morata 70).

Simpanan: Casillas, Casemiro, Morata, Vazquez Iglesias, Mascarell, Llorente, Da Silva.

Gol: Di Maria 28, Bale 53, Isco 56, Morata 85.

Almeria: Andres Suarez, Tomar Marcos, Jimenez Ortiz, Tebar, Martinez, Torsiglieri, Garcia Rabasco, Garcia Perez-Roldan (Soriano 72), Rios Lozano (Vidal Parreu 57), Sundy Zongo (Diaz Gonzalez 69), Rodrigues Barbosa.

Simpanan: Silva Fernandez, Vidal Parreu, Diaz Gonzalez, Fernandez Saez, Soriano, Cuesta Diaz, Azeez.

Penonton: 65,896.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barcelona 0-1 Granada

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain