suria

Ronaldo Dijangka Terlepas Aksi Akhir Piala Raja Sepanyol

Ronaldo dijangka tidak dapat beraksi pada aksi final Copa del Rey Rabu ini.

KELAB Real Madrid mengesahkan ayam tambatan mereka, Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan hamstring yang kemungkinan besar dia bakal terlepas aksi akhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) Rabu ini.

Bagaimana pun kelab tidak mendedahkan tempoh rehat kapten Portugal itu yang turut mengalami masalah lutut.

Namun media tempatan Sepanyol yakin pemain itu tidak sempat pulih untuk bermain di Stadium Mestella, Valencia venue sama ketika Real menjulang trofi ini pada tahun 2011 hasil jaringan tunggal Ronaldo.

"Ujian perubatan menunjukkan Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan otot pangkal paha kiri," jelas satu kenyataan di laman web Real.

Ronaldo turut direhatkan pada aksi tewas 0-2 kepada Borussia Dortmund pada Selasa lalu dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara, namun layak ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Selain itu, separuh akhir pertama Liga Juara-Juara akan berlangsung pada 22 dan 23 April ini, manakala aksi timbal balik pada 29 dan 30 April. Real kini berada di tangga ketiga liga (76 mata) ketinggalan tiga mata dari pendahulu, Atletico Madrid, dan kedua Barcelona (78).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain