suria

Man. United Akan Perbaharui Kontrak Pemain Muda

Barisan pemain muda Manchester United

MANCHESTER United dijangka  memperbaharui kontrak pemain muda berbakatnya bagi memastikan pasukan itu tidak kehilangan bintang terbabit.

Phil Jones, David De Gea dan Danny Welbeck kini mempunyai baki kontrak selama dua tahun manakala Tom Cleverley mempunyai kontrak selama 14 bulan.

Kesemua kontrak pemain muda United terbabit dijangka akan diperbaharui selepas saingan liga melabuhkan tirai.

Wakil Jones kini telah memulakan perbincangan dengan Pengurus United, David Moyes berhubung kedudukan pemain itu yang merupakan pelapis pemain pertahanan England.

Berikutan itu, Jones mungkin akan ditawarkan kontrak bagi jangka masa lebih lama daripada pemain lain.

Selain itu, Jones juga dijangka akan diberikan tugas penting bagi menggantikan Nemanja Vidic yang bakal berhijrah ke Inter Milan pada penghunjung musim ini.




Artikel Lain