suria

KBS Belum Putuskan Acara Venue Sukan Sea 2016

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum memuktamadkan venue bagi penganjuran Sukan SEA 2017 yang bakal dihoskan  Malaysia, kata menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2016 belum lagi bermesyuarat untuk membuat keputusan pemilihan venue termasuk Sarawak, yang secara dasarnya dipersetujui sebagai venue sukan akuatik temasya dwitahunan itu. 

"Saya baru sahaja buat lantikan (ahli jawatankuasa berkenaan). Selepas ahli lantikan bermesyuarat, kita akan muktamadkan venue sukan tetapi pada dasarnya jemaah menteri telah setuju untuk kita bawa beberapa acara sukan ke Sabah dan Sarawak," katanya.

Khairy berkata kementerian perlu menilai pemilihan venue yang sesuai dengan mengambil kira penyelarasan logistik serta kos.

"Bila kita bawa ke negeri lain, akan ada implikasi kewangan bukan hanya kepada kita tetapi juga kontinjen negara-negara Asean, jadi perkara ini perlu kita bincangkan dengan mereka juga," katanya.

Pada Ahad lepas, Khairy berkata Sarawak dipilih sebagai tuan rumah acara akuatik Sukan SEA 2017 memandangkan negeri itu mempunyai banyak masa untuk menyediakan kemudahan sukan selepas dipilih selaku tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2016. 

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pingat yang diraih kontinjen Malaysia dari Sukan SEA Myanmar 2013 tidak menggambarkan prestasi sebenar atlet negara dan untuk tujuan itu analisis mendalam perlu dilakukan.

Artikel Lain