suria

Salibasic Tidak Sabar Untuk Kembali Beraksi

Salibasic yakin keadaannya semakin baik dan akan kembali beraksi dalam tempoh terdekat.

KUCHING: Pemain kontrak kelahiran Bosnia-Herzegovina Muamer Salibasic, yang mengalami kecederaan lutut, tidak akan melepaskan kedudukannya dalam skuad Sarawak.

Pemain sayap kiri berusia 30 tahun itu berkata beliau tidak sabar untuk beraksi dan yakin akan pulih sepenuhnya dalam masa seminggu atau dua minggu lagi kerana keadaannya semakin baik dan telah kembali berlatih. 

"Bagaimanapun doktor menasihatkan saya agar tidak berlebihan melakukan regangan kerana khuatir kecederaan saya tidak pulih. Saya juga melakukan terapi seminggu sekali," katanya.

Senang tewas 2-0 kepada Selangor dalam Liga Super di Stadium Negeri pada aksi Selasa malam.

Muamer, yang menyertai Sarawak pada pertengahan musim tahun lepas, memainkan peranan penting membantu Sarawak memasuki separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.  

"Saya yakin saya akan cergas sepenuhnya sebelum pintu perpindahan ditutup pada 23 April dan saya menyasarkan untuk kembali beraksi dalam tempoh dua minggu lagi. Walaupun lutut saya masih bengkak, ia tidak retak," katanya.

Muamer mengalami kecederaan lutut kiri pada peringkat awal Liga Super musim ini dan sejak itu beliau tidak diturunkan selepas menjalani pembedahan. 

"Sukar bagi saya untuk berada di garisan tepi dan hanya menonton rakan sepasukan bekerja keras memastikan kemenangan dan saya tidak sabar untuk bersama mereka," katanya.

Beliau berkata tiada perkhabaran daripada pihak pengurusan dan jurulatih Robert Alberts bahawa kontraknya ditamatkan selepas pintu perpindahan pemain

ditutup 23 April jika dia masih belum pulih sepenuhnya.  

"Jurulatih berkata dia perlukan saya untuk pasukan ini dan saya mahu terus kekal di sini dan berharap dapat bermain secepat mungkin," kata Muamer.

Katanya walaupun khidmatnya ditagih pasukan lain termasuk dari negara luar, beliau lebih rela bermain bersama Sarawak kerana gembira dengan pasukan ini.

Artikel Lain