suria

Van Persie Terlepas Aksi Bertemu Bayern

Van Persie diusung keluar padang masa babak kedua perlawanan bertemu Olympiakos Rabu lalu.
MANCHESTER United kehilangan salah seorang tonggak utamanya, Robin van Persie yang mengalami terseliuh lutut sekaligus bakal berehat empat hingga enam minggu.

Juara liga perdana itu mengumumkan berita tersebut di laman twitter rasmi Manchseter United.

Hanya selepas dua hari menjaringkan hatrik ketika kemenangan ke atas Olympiakos pusingan kedua (16 pasukan ) Liga Juara-Juara, Persie terpaksa akur dengan keadaannya itu.

Penyerang Belanda itu dijangka berehat sehingga Mei ini, yang menyaksikan dia terlepas bermain dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich.

Pusingan suku akhir pertama akan berlangsung pada 1-2 April ini dan aksi timbal balik pada 8-9 April.

Pengurus United, David Moyes sedar keadaan Van Persie itu merupakan satu berita buruk buat pasukannya.

"Kami akan membuat pemeriksaan sekali lagi. Kami perlu tahu pastikan kecederaan itu. 

"Dia tidak akan beraksi pada perlawanan liga bertemu West Ham. Apa pun kami akan terus memberi maklumat terkini mengenainya.

"Kami mempunyai banyak perlawanan penting dan memerlukan pemain-pemain berada dalam keadaan baik," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain