suria

Terbuka Sony: Radwanska Harap Lutut Sembuh Sebelum Jumaat

Radwanska masih berusaha memulihkan kecederaan lututnya sebelum Jumaat ini.
BINTANG tenis wanita Poland, Agnieszka Radwanska berharap kecederaan lutut yang dialaminya akan pulih menjelang perlawanan pertamanya pada aksi Terbuka Sony, Miami pada Jumaat ini.

Radwanska mendapat 'bye' pada pusingan pertama sekaligus tempoh tiga hari sebelum permainannya digunakan sebaik mungkin untuk memulihkan kecederaan itu.


Penyertaan pemain no.3 dunia ini di Miami sedikit sangsi selepas tewas 6-2 6-1 kepada pemain Itali, Flavia Pennetta pada aksi akhir Terbuka BNP Paribas Ahad lalu.

"Kini saya hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk berehat. Amat bertuah kerana permainan saya akan bermula pada Jumaat ini, sama ada bertemu pemain Serbia Bojana Jovanovski atau Romina Oprandi dari Switzerland," katanya.

"Banyak sesi pemulihan dibuat, mengambil pil dan lain-lain agar  dapat membantu memulihkan kecederaan ini dengan cepat. Saya akan cuba dan harap dapat melakukannya."

Radwanska merupakan juara kejohanan ini di Miami pada tahun 2012, mempamaerkan prestasi cemerlang musim ini dengan mara ke separuh akhir Terbuka Australia dan Doha sebelum mara ke final di Indian Wells.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain