suria

Charlton Pecat Pengurus Powell

Chris Powell

KELAB Charlton dilaporkan telah memecat pengurus Chris Powell selepas kekalahan 2-0 kepada Sheffield pada aksi  Piala FA pada Isnin.

Powell merupakan bekas pemain pertahanan Charlton menjadi pengurus yang digemari penyokong-penyokong kelab ini, namun malangnya kini berada dalam tekanan bergelut dengan kedudukan bahaya, di tangga terbawah Divisyen 1.

Kenyataan rasmi kelab mengenai pemecatan ini dijangka akan dibuat pada lewat Selasa.

Walaupun belum rasmi, terdapat satu kenyataan di Twitter mengatakan pengurus dari Belgium, Jose Riga akan mengambil alih tugas di The Valley ini secepat mungkin bagi persediaan menjelang perlawanan bertemu Peterborough.

 

charlton, chris powell, pecat

Artikel Lain