suria

Gareth Bale Kini Tempa Sejarah Tersendiri Di La Liga

HANYA tiga bulan yang lalu, pemain termahal dunia, Gareth Bale menandatangani kontrak dengan Real Madrid tetapi Sabtu lalu, rakan-rakan sepasukannya telah menurunkan tandatangan mereka ke atas bola yang dijaringkannya menentang Real Valladolid.

Bola itu bukanlah sebarang bola. Ia adalah bola jaringan hatrik Bale yang pertama untuk kelab barunya itu.

Sebuah akhbar tempatan telah mengelarnya 'The Prince of Wales’ iaitu gelaran yang digunapakai oleh setiap putera mahkota Britain sejak zaman berzaman.

Bale adalah anak kelahiran Wales.

Hatrik yang dijaringkannya itu adalah gol yang kesembilan dari 13 perlawanan setakat ini dan tanpa kelibat bintang sebenar Real, Ronaldo.

Dan merek kagum melihat dia bukan sahaja menjaringkan gol menggunakan kepalanya tetapi juga kaki kiri dan kanan. Ia adalah hatrik yang sempurna.

Jaringan hatrik itu juga membawa sejarah yang tersendiri. Bale kini menjadi pemain Britain yang kedua selepas Gary Lineker (untuk Barcelona) untuk menjaringkan hatrik dalam Liga Sepanyol.

Gareth Bale, La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain