suria

Ronaldo Bakal Rehat Tiga Minggu

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

PENYERANG berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo bakal berehat selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan di paha ketika aksi kemenangan 5-0 ke atas Almeria Sabtu lalu.

Ronaldo meminta untuk dikeluarkan pada babak kedua permainan selepas mengalami kecederaan itu.

Pengurus pasukan Carlo Ancelotti mengesahkan kapten Portugal itu tidak akan beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara (CL) bertemu Galatasaray Rabu ini.

Ronaldo dijangka akan kembali bersama pasukan pada perlawanan Osasuna pada 14 Disember ini yang menyaksikan dia terlepas peluang menentang Valladodid dalam saingan liga, bertemu CD Olimpic Xativa dalam Copa del Rey dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan CL melawan FC Copenhagen.

Bagaimanapun Ronaldo memberitahu pihak media: "Saya okay", tetapi kenyataan kelab berkata: "Terdapat kecederaan di belakang paha dan ia akan dipantau."

Real Madrid, Cristiano Ronaldo

Artikel Berikut

Annuar Sanggup Berundur Demi FAM

Artikel Lain