suria

Man City Menang Besar, Belasah Tottenham Hotspur 6-0

MANCHESTER City naik ke posisi keempat Liga Perdana Inggeris selepas menang besar 6-0 menentang Tottenham Hotspur di Stadium Etihad, malam Ahad.

Kemenangan ini bermaksud City mengutip 22 mata dari 12 pertandingan sementara Tottenham turun ke tangga ke-8 dengan 20 mata dari 12 perlawanan.

Gol pembukaan disumbangkan Jesus Navas hanya selepas 14 saat perlawanan bermula.

Pada minit ke-34 Negredo menyepak bola hasil sepakan Aguero yang dihalang Lloris. Bola masuk ke gawang selepas terkena Sandro.

Gol ketiga disumbangkan Sergio Aguero sebelum menambah gol keempat, lima minit selepas babak kedua perlawanan.

City semakin jauh meninggalkan Tottenham apabila Negredo sekali lagi menjaringkan gol kelima buat pasukannya.

City menamatkan perlawanan dengan 6-0 apabila satu lagi gol melolosi gawang lawan pada masa kecederaan.

Artikel Lain