suria

King Cadang Panggil Terry Perkuat Skuad England

BEKAS pemain pertahanan England, Ledley King mencadangkan agar memanggil balik John Terry yang bersara dari aksi antarabangsa bagi mengukuhkan barisan pertahanan skuad The Three Lions pada aksi Piala Dunia di Brazil tahun depan.

Terry membuat keputusan bersara dari aksi antarabangsanya tahun lalu selepas Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menjatuhkan hukuman kerana menimbulkan unsur perkauman kepada Anton Ferdinand yang ketika itu bermain untuk Queens Park Rangers.

Namun selepas dua kekalahan berturut-turut pada perlawanan persahabatan di tempat sendiri ketika bertemu Chile dan Jerman, King percaya pusingan U bekas kapten itu mampu memberi faedah kepada England.

"John Terry adalah pemain pertahanan yang berkualiti. Dia mempunyai pengalaman yang luas.

"Saya pasti dia akan bermain kembali jika dipanggil, namun semua keputusan hanya di tangan Roy Hodgson dan John sendiri," jelas King.

King yang mencatat 21 kap bersama England berkata, Terry masih lagi antara pemain pertahanan terbaik di England, tanpa ragu-ragu juga dengan penampilan Phil Jagielka, Gary Cahill dan Chris Smalling.

"Saya tahu dia akan menguatkan barisan pertahanan dan percaya dia yang terbaik. Dia masih mempunyai masa untuk membuktikan itu," katanya.

King juga manambah, skuad England tidak perlu sasar sehingga ke separuh akhir untuk meletakkan kejayaan pasukan.

"Jika kita melangkau ke suku akhir, saya fikir itu sudah cukup terbaik dalam kejohanan ini.

"Saya rasa kami mencari dan membina masa depan, dan dalam masa sama meraih pengalaman dan menunjukkan persembahan yang baik," tambahnya.

England, Ledley King, The Three Lions

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain