suria

Hamburg Alami Saat Sukar, Van Der Vaart Rehat Panjang

Van der Vaart mengalami kecederaan ketika aksi perlawanan persahabatan dengan Colombia, Selasa lalu.

PAKAR serangan Hamburg, Rafael van Der Vaart terpaksa direhatkan dalam tempoh yang belum pasti selepas mengalami kecederaan ligamen ketika beraksi dengan pasukan kebangsaannya, Belanda.

Van der Vaart yang meledak enam gol daripada 12 penampilan liga musim ini mengalami kecedraan tersebut ketika pasukan negaranya seri tanpa jaringan bertemu Colombia pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, Selasa lalu.

"Dia mengalami kecederaan ligamen di buku lali. Belum pasti tempoh kecederaan ini akan pulih," jelas satu kenyataan kelab Hamburg.

Berita pahit terpaksa ditelan oleh kelab Jerman ini, yang mana kini terpaksa berhempas pulas untuk menyelamatkan kedudukan daripada berada posisi penyingkiran.

Hamburg hanya mengutip 12 mata daripada 12 perlawanan dengan menduduki di tempat ke-14.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain