Perak Ikat Kapten Myanmar Sebagai Pemain Import - Sukan | mStar

Perak Ikat Kapten Myanmar Sebagai Pemain Import

IPOH: Perak hampir pasti mendapat khidmat kapten skuad Myanmar bawah 23 tahun, Kyaw Zayar Win bagi mengisi kouta pemain import skuad Seladang untuk beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

Pengurus Skuad Liga Super Perak Datuk Azhar Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan memeterai perjanjian berhubung perkara itu bersama kelab Kanbawza FC di Yangon, Myanmar dalam masa terdekat.

"Skuad Myanmar pernah muncul naib juara Kejohanan Pestabola Merdeka di Kuantan, September lalu dan saya yakin pemain ini akan beraksi dengan baik sekali gus memberi impak kepada penyokong Perak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Perak mahu mengulangi sejarah pada tahun 90-an iaitu sambutan daripada penyokong amat mengalakkan apabila dua pemain import Myanmar berkhidmat dengan baik dalam skuad Perak, katanya.

Beliau berkata Perak juga akan menguji kebolehan pemain import dari negara Nigeria, Ghana, Ivory Coast dan Afrika pada perlawanan persahabatan antara skuad Seladang dengan pasukan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang malam ini.

"Saya menyerahkan kepada Ketua Jurulatih Abu Bakar Fadzim untuk menilai dua antara mereka yang layak untuk mengisi kuota pemain import bagi skuad Perak dan pemilihan akan dibuat sebelum 4 Dis ini," katanya.

Bagi pemilihan pemain tempatan, Azhar berkata pihaknya masih menilai pemain yang layak berkhidmat dengan skuad Seladang menerusi perlawanan persahabatan dengan pemain sedia.

"Gambaran siapa pemain yang terpilih telah ada namun senarai lengkap (pemain) akan dibuat sebelum 4 Dis ini," katanya.

Beliau berkata Pafa juga bercadang menggunakan khidmat bekas penjaga gol PKNS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan setiap pasukan dalam Liga Super 2014 menyenaraikan tiga pemain import termasuk seorang pemain dari negara Asia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber