Pandelela Optimis Penerjun Pelapis Mampu Lakar Kejutan Di Myanmar - Sukan | mStar

Pandelela Optimis Penerjun Pelapis Mampu Lakar Kejutan Di Myanmar

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg optimis bahawa penerjun pelapis kebangsaan mampu menyumbang pingat emas pada Sukan SEA ke-27 di Myanmar, bulan depan.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 di London itu percaya atlet pelapis mampu melakar kejutan dan tidak pulang dengan tangan kosong pada temasya dwitahunan itu.

"Saya harap mereka (penerjun pelapis) yang dipilih tidak mensia-siakan peluang. Mereka juga perlu menggunakan peluang ini untuk menimba pengalaman dan meningkatkan gaya terjunan untuk pergi lebih jauh," katanya.

Menurutnya beliau akan menampilkan aksi terbaik kerana atlet negara lain sudah tentu berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi saingan bagi merebut pingat emas di Myanmar.

Pandalela, yang mengikuti jurusan Sarjana Muda Sains Sukan di UM, akan mengambil bahagian dalam satu acara iaitu 10m platform individu pada temasya berkenaan.

Dalam pada itu, Pandelela berkata beliau perlu berusaha keras dan berada di tahap terpuji sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, masing-masing pada tahun depan.

Selain Pandelela, penerjun wanita yang bakal menggalas cabaran negara di Myanmar ialah Leong Mun Yee, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Loh Zhiayi.

Penerjun lelaki pula terdiri daripada Ooi Tze Liang, Muhd Amsyar Azman, Chew Yi Wei, Danial Sabri dan Muhd Nazreen Abdullah.

Temasya Sukan SEA akan berlangsung dari 11 hingga 22 Dis ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

MOM Hanya Iktiraf Taekwando Malaysia-Kok Chi

Artikel Berikut

Perak Ikat Kapten Myanmar Sebagai Pemain Import

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain