Annuar Musa Belum Pasti Boleh Anggotai Jawatankuasa - Sukan | mStar

Annuar Musa Belum Pasti Boleh Anggotai Jawatankuasa

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa belum pasti boleh menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara kerana berstatus masih digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Annuar pada Khamis mengesahkan telah menerima surat pelantikan semalam untuk mengganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan jemputan menghadiri mesyuaratnya pada Isnin ini.

"Saya belum sempat menjawab surat yang dikirim oleh Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) itu," katanya menerusi laman Facebooknya.

Annuar masih dalam tempoh penggantungan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 4 April lepas.

Annuar sebelum ini digantung selama 30 bulan dan dilarang daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan akhbar berbaur negatif mengenai skuad bola sepak kebangsaan yang melanggar Artikel 88, Statut FAM pada 12 Februari lepas.

Jawatankuasa Program Pembangunan Bolasepak Negara yang bermula sejak 2010 merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memartabatkan lagi mutu bola sepak negara.

Ia dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, FAM, bekas pemain dan jurulatih kebangsaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Carlos Anggap Mourinho Dan Laundrup Sebagai Hero

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan