suria

Sukan Sea: Sokongan Padu Team Malaysia Di Myanmar

PETALING JAYA: Kumpulan sorak 'Team Malaysia' akan turut bersama kontinjen Sukan Sea di Myanmar Disember ini bagi membuktikan sokongan padu kepada atlet-atlet negara yang akan bertanding pada temasya itu.

Team Malaysia bukan asing lagi bagi kontinjen Malaysia yang mendapat sokongan padu daripada 'chanters' ini.

Kempen Team Malaysia terus mengorak langkah selepas dilancarkan pada tahun 2011 sempena Sukan Sea ke-26 diteruskan ke Sukan Olimpik 2012 dan Piala AFF Suzuki tahun lalu.

"Kempen Kami Team Malaysia bukan sahaja dapat perkukuhkan lagi penjenamaan Team Malaysia, tetapi pada masa yang sama akan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada atlet-atlet kita untuk meningkatkan usaha mereka bagi mengharumkan nama negaradi persada sukan antarabangsa," jelas Ketua Pemasaran Telekom Berhad (TM), Datuk Rozalila Abd Rahman pada majlis pengumuman TV3 sebagai Rakan Penyiar Rasmi Sukan Sea ke-27 dengan kerjasama TM selaku penaja utama dan Milo sebagai rakan penaja.

Sementara itu, peminat-peminat sukan tanah air berpeluang mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan Sea bulan depan melalui saluran TV 3.

'Liputan Harian Sukan Sea 2013' bermula setiap hari pukul 5.30 petang hingga 6.30 petang dan 'Rangkuman Harian Sukan Sea 2013' bermula 12.30 tengah malam hingga 1 pagi.

Fokus terarah kepada acara bola sepak, olahraga, sepak takraw, akuatik dan beberapa acara sukan lain.

Manakala siaran langsung perlawanan bola sepak peringkat kumpulan melibatkan pasukan Harimau Muda bakal disiarkan di TV 9.

Jadual perlawanan bola sepak (TV 9) peringkat kumpulan:

Malaysia lwn Brunei , 10 Dis - 5.30 ptg- 8 mlm

Malaysia lwn Laos, 13 Dis - 5.30 ptg - 8mlm

Malaysia lwn Singapura, 15 Dis - 5.30 ptg -8mlm

Malaysia lwn Vietnam, 17 Dis - 5.30ptg -8mlm

Team Malaysia, Sukan Sea, Myanmar

Artikel Lain