suria

Ronaldo Bawa Portugal Ke Aksi Piala Dunia 2014

Ronaldo menyumbat tiga gol sekaligus menewaskan Sweden 3-2 pada aksi play-off Piala Dunia, Rabu.
Ronaldo menyumbat tiga gol sekaligus menewaskan Sweden 3-2 pada aksi play-off Piala Dunia, Rabu.
Ronaldo menyumbat tiga gol sekaligus menewaskan Sweden 3-2 pada aksi play-off Piala Dunia, Rabu.

CRISTIANO Ronaldo membawa negaranya, Portugal ke Piala Dunia di Brazil 2014 selepas mengecewakan Sweden dengan jaringan hatrik 3-2 pada aksi play-off awal pagi Rabu.

Ronaldo membuka jaringan pertama pada babak kedua permainan (m-50) sebelum bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan minit ke-68.

Minit ke-73, Ibrahimovic sekali lagi menambah gol untuk mendahului Portugal sekaligus memberi harapan untuk pasukannya menempah tiket ke Piala Dunia.

Namun impian Ibra untuk beraksi di Brazil musnah apabila Ronaldo menyumbat dua gol pada minit 77 dan 79 permainan.

Sementara itu, tiga lagi perlawanan play-off yang berlangsung pagi Rabu menyaksikan Perancis menewaskan Ukraine 3-0.

Croatia juga turut mengesahkan kedudukan ke Piala Dunia dengan menewaskan Iceland, 3-2.

Manakala Romania terpaksa berputih mata selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Greece.

Romania gagal menambah jaringan selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh perlawanan.

Artikel Lain