suria

England Tewas Dua Kali Berturut-Turut Di Wembley

Per Mertesacker memeluk penjaga golnya, Roman Weidenfeller selepas menewaskan England 1-0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi Rabu.

PASUKAN England ditewaskan dua kali berturut-turut buat kali pertama selepas tahun 1977 selepas kalah 1-0 kepada Jerman pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi Rabu.

Pengurus The Three Lions, Roy Hodgson melakukan sembilan pertukaran selepas turut tewas pada aksi sama ketika berdepan dengan Chile Sabtu lalu.

Gol tunggal pasukan pelawat ini dilakukan oleh Per Mertesacker pada minit ke-39 melalui tandukan hasil hantaran sudut dari Toni Kroos.

Biarpun skuad Jerman tidak menurunkan beberapa pemain utamanya, England tetap gagal mengekang kemaraan anak buah Joachim Loew ini.

"Kami tidak mempamerkan permainan yang berkualiti di depan 150,000 penonton dan ini sesuatu yang tidak bagus.

"Amat mengecewakan apabila kalah dua kali berturut-turut di laman sendiri," jelas Hodgson.

SENARAI PEMAIN:

England: Hart, Walker, Cole, Jagielka, Smalling, Cleverley, Gerrard, Lallana, Rooney, Townsend, Sturridge... (simpanan): Johnson, Ruddy, Baines, Gibbs, Cahill, Milner, Lampard, Barkley, Wilshere, Henderson, Lambert, Forster, Defoe, Rodriguez

Jerman: Weidenfeller, Schmelzer, Boateng, Mertesacker, Westermann, Sven Bender, Lars Bender, Reus, Kroos, Götze, Kruse.

Artikel Lain