suria

Perancis Hampir Tersingkir, Ronaldo Selamatkan Portugal

Zozulya membuka gol pertama untuk Ukraine.
Zozulya membuka gol pertama untuk Ukraine.
Zozulya membuka gol pertama untuk Ukraine.

PARIS: Perancis hampir tersingkir daripada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil selepas tewas 2-0 kepada Ukraine dalam pusingan pertama 'play-off', awal pagi Sabtu.

Roman Zozulya meletakkan Ukraine selesa di depan menerusi jaringan pada minit ke-61 di hadapan lebih 70,000 penonton di Olympic Stadium di Kiev.

Andriy Yarmolenko menjadikan kedudukan 2-0 hasil sepakan penalti kira-kira permainan berbaki lapan minit selepas pemain pertahanan Perancis, Laurent Koscielny menjatuhkan Zozulia di dalam kotak penalti.

Pertemuan kedua Perancis dengan Ukraine di Paris, Selasa ini pastinya dinanti-nanti dan amat penting selepas kekalahan di Kiev awal pagi Sabtu.

Sekiranya pasukan kendalian pengurus Didier Deschamps itu gagal mencipta sebarang kejutan pada pertemuan kedua, Perancis akan tersingkir daripada aksi Piala Dunia buat kali kedua dalam tempoh dua dekad ini.

Dalam perlawanan berasingan, Cristiano Ronaldo memastikan harapan Portugal kembali hidup apabila menang 1-0 ke atas Sweden.

Di Stadium of Light, Lisbon, Ronaldo menyaingi Zlatan Ibrahimovic dalam persaingan bintang bola sepak ke Piala Dunia selepas menjaringkan gol pada lewat permainan.

Penyerang Real Madrid itu menanduk melepasi jangkauan penjaga gol Sweden, Andreas Isaksson pada minit ke-82 selepas mendapat hantaran lintang pemain sayap kiri, Miguel Veloso.

Sementara itu, bekas juara Eropah, Greece pula semakin selesa untuk ke Brazil apabila menewaskan Romania 3-1 dengan mudah.

Impian Iceland untuk menjadi negara kecil layak ke Piala Dunia hampir tergugat selepas seri 0-0 dengan Croatia di gelanggang sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain