suria

Paintball: Ton Tons Tekad Rebut Piala ICC

Pasukan Ton Tons menjadi perhatian pada aksi Piala Antara Benua tahun ini.
Pasukan Ton Tons menjadi perhatian pada aksi Piala Antara Benua tahun ini.
Pasukan Ton Tons menjadi perhatian pada aksi Piala Antara Benua tahun ini.

LANGKAWI: Pasukan paintball profesional dari Perancis, Ton Tons Flingueurs bertekad mahu merebut kembali Piala Antara Benua (ICC) selepas kali terakhir menjulang trofi tersebut pada tahun 2011 pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA).

Gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun lalu, Ton Tons kembali dengan lebih agresif, lebih-lebih lagi kini pasukan yang diketuai Axel Gaudin berada di ranking pertama Paintball Eropah (EPBF).

Ton Tons meraih dua kemenangan pada aksi peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan dari Australia, Perth STK dan Assala Libreville (Afrika Selatan).

"Tahun ini prestasi pasukan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, malah semua pasukan semakin bagus.

"Apa yang penting, kami perlu fokus dan bermain dengan baik dan berhati-hati. Sudah tentu pasukan saya mahu memenangi piala ini walaupun sedar saingan makin sengit," jelasnya kepada media selepas perlawanan.

Tambah Gaudin, pasukan dari Amerika Syarikat antara lawan yang perlu diberi perhatian.

"Pasukan Infamous dan Dynasty antara saingan terdekat kami. Namun saya yakin dengan persiapan yang baik sebelum ini, kami boleh harungi dengan lancar," jelasnya.

ICC merupakan piala jemputan yang dianjurkan bersempena dengan Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Naza (NWCAP) yang kini sedang berlangsung Di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sehingga Ahad ini.

Dua pasukan terbaik dari benua Asia, Amerika Syarikat, Eropah , Australia dan Afrika Selatan layak beraksi merebut piala ini.

Sebagai rekod, pasukan Edmanton Impact dari (Kanada) menjuarai trofi ini musim lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain