suria

KFA: Mukhriz Yakin Impak Tansformasi Jangka Panjang

LANGKAWI: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Tun Mahathir yakin impak tranformasi bola sepak negeri ini bakal dilihat dalam tempoh tiga hingga tahun.

Pada majlis mesyuarat pengarah KFA pada Khamis malam, Mukhriz menjelaskan pelbagai agenda dibincangkan bagi memastikan hala tuju sukan bola sepak ini dalam tempoh jangka panjang.

"Kita akan buat transformasi dalam pelbagai bentuk dalam tempoh tiga hingga lima tahun dan menumpukan program pembangunan terutamanya bagi aksi Piala Presiden.

"Saya seronok tengok seramai 600 orang pemain muda yang datamg pada sesi pemilihan baru-baru ini, dan 40 orang terpilih bagi menjalani latihan sebelum diserapkan ke pasukan liga perdana.

"Ikhlas saya katakan, kami tidak meletak sebarang sasaran untuk aksi baharu liga perdana nanti. Tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa impak transformasi ini akan dapat dilihat tahun 2015.

"Saya tidak menaruh harapan tinggi dalam tempoh pendek ini," jelasnya selepas melancarkan Piala Paintball Naza di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Jumaat.

Mukhriz juga mengesahkan David Mitchel bakal menerajui skuad Kenari untuk musim baharu ini.

"Pada mesyuarat itu juga kami berbincang mengenai tiga pemain import dan juga pemain-pemain yang akan kekal dalam skuad ini.

"Pengesahan pemain perlu dilakukan secepat mungkin dan setakat ini kami mempunyai 12 pemain muda berusia bawah 25-26 tahun untuk di ketengahkan dalam aksi liga nanti," tambahnya.

Sebagai rekod, pada aksi liga perdana musim lalu, Kedah berada di di kedudukan keempat di bawah kendalian jurulatih dari Yugoslavia, Marijo Tot.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain