suria

Sepanyol Perkenal Jersi Serba Merah Menjelang Piala Dunia 2014

Pasukan bola sepak Sepanyol ketika memperkenalkan jersi baharu mereka dalam Piala Dunia 2014 di Madrid, Rabu. -foto EPA
Pasukan bola sepak Sepanyol ketika memperkenalkan jersi baharu mereka dalam Piala Dunia 2014 di Madrid, Rabu. -foto EPA
Pasukan bola sepak Sepanyol ketika memperkenalkan jersi baharu mereka dalam Piala Dunia 2014 di Madrid, Rabu. -foto EPA

SEPANYOL telah memperkenalkan kit serba merahnya dalam persediaan menghadapi saingan Piala Dunia tahun depan.

Di atas banner pasukan ini tertulis 'La Roja atau Ninguna' (Segalanya merah).

Sepanyol sebelum ini terkenal dengan seluar pendek biru dan baju merah sejak 1920-an dan beberapa penyokong memberikan reaksi bahawa mereka tidak gemarkan kit merah berkenaan selepas ia diumumkan di Madrid pada Rabu.

Mereka berpandangan jersi serba merah itu lebih kelihatan seperti Turki berbanding Sepanyol.

Gambar Fernando Torres menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Euro 2008 menentang Jerman, atau gambar Juan Mata menjaringkan gol menentang Itali adalah lebih mudah diingati apabila mereka memakai baju merah dan seluar pendek biru gelap yang biasa dipakai oleh pasukan Sepanyol.

Ketika Andres Iniesta menjaringkan gol tunggal perlawanan akhir Piala Dunia menentang Belanda pada tahun 2010, mereka memakai kit alternatif Sepanyol berwarna biru, tetapi skuad itu menukar jersi merah dan biru mereka untuk menjulang trofi.

Jadi, adakah Cesc Fabregas dan rakan sepasukannya boleh menulis bab baru dalam sejarah kegemilangan bola sepak Sepanyol untuk mencipta kemenangan dengan memakai jersi serba merah.

Artikel Lain