suria

Man Utd Khuatir Mereka Akan Hilang Khidmat Michael Carrick Selama Sebulan Setengah

Michael Carrick
Michael Carrick
Michael Carrick

MANCHESTER United akan kehilangan khidmat perancang tengah, Michael Carrick selama lebih enam minggu berikutan kecederaan tumit yang dialaminya sekarang.

Pemain itu yang sudah pun secara rasminya menarik diri daripada menyertai kem latihan skuad kebangsaan England untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan hujung minggu ini dikhuatiri terpaksa berehat jauh lebih panjang daripada yang dijangkakan.

Selain Carrick, turut mengalami kecederaan panjang ialah penyerang muda Danny Welbeck, yang turut menarik diri daripada skuad kebangsaan.

Carrick,32, terpaksa disuntik dengan ubat penahan sakit pada malam Selasa setelah keadaan bengkak di tumitnya semakin teruk.

Kini Pengurus United, David Moyes terpaksa membuat rombakan di bahagian tengah dengan memilih sama ada Marouane Fellaini, Tom Cleverly atau Anderson sebagai pilihan utama mengantikan Carrick sebagai tunggak perancang.

Artikel Sebelum

Sergio Perez Sah Tinggalkan McLaren

Artikel Lain