suria

Barcelona Berputih Mata Hilang Khidmat Messi Selama 2 Bulan

Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi

JUARA Sepanyol, Barcelona terpaksa berputih mata selepas penyerang berbisa mereka Lionel Messi disahkan mengalami kecederaan otot yang akan menyaksikannya tidak dapat beraksi selama lebih dua bulan.

Lionel Messi, 26, mengalami kecederaan itu ketika beraksi dalam perlawanan menentang Real Betis pada Ahad.

Messi dilihat terhinjut hinjut selepas 21 minit perlawanan berlangsung yang menyaksikan Barcelona menang 4-1.

Ini bermakna Messi akan terlepas beraksi dalam lapan perlawanan sepanjang bulan ini dan Disember termasuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Messi juga akan terlepas perlawanan persahabatan antarabangsa Argentina menentang Ecuador dan Bosnia-Herzegovina.

Sejak April tahun ini dia telah mengalami kecederaan yang sama sebanyak tiga kali.

Barcelona, Lionel Messi, penyerang

Artikel Lain