suria

Tenis: Nadal-Djokovic Berentap Pada Aksi Akhir Di London

Djokovic menjulang trofi Jelajah Akhir Dunia ATP 2012.
Djokovic menjulang trofi Jelajah Akhir Dunia ATP 2012.
Djokovic menjulang trofi Jelajah Akhir Dunia ATP 2012.

RAFAEL Nadal dan Novak Djokovic bakal berentap di pentas akhir pada Jelajah Akhir Dunia ATP di London awal pagi Selasa.

Jaguh no.1 dunia, Nadal menewaskan Roger Federer 7-5 6-3 sebelum mengesahkan ke aksi final, manakala Djokovic pula mengetepikan Stanislas Wawrinka, 6-3 6-3.

Bintang Serbia itu mencatat rekod bersih sepanjang pusingan round robin ini dilihat begitu terdesak untuk mempertahankan kejuaraan ini selepas gelaran no.1 dunia yang dimiliki menjadi milik Nadal Oktober lalu.

"Musim ini adalah yang menarik buat kami berdua. Ia juga adalah yang terbaik bagi kami untuk bertemu pada final di London.

"Kita lihat apa yang akan berlaku nanti kerana kami berdua mahu menamatkan musim ini dengan catatan yang paling cemerlang," jelas Djokovic yang kini menduduki ranking kedua dunia.

Juara Terbuka Australia ini mencatat rekod bersih tanpa kalah semenjak tewas pada aksi Terbuka Amerika Syarikat kepada Nadal September lalu.

Manakala Nadal bangkit dengan rekod cemerlang selepas berehat panjang selama tujuh bulan kerana kecederaan telah meraih 10 gelaran musim ini termasuk Terbuka Perancis.

"Paling penting di sini ialah mempunyai gelanggang yang sukar. Saya perlu bermain dengan baik untuk merebut peluang ini," kata Nadal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain