suria

Moto2: Azlan Tamat Di Kedudukan Ke-25

Aksi Azlan ketika berlum di Litar Valencia pada Ahad.
Aksi Azlan ketika berlum di Litar Valencia pada Ahad.
Aksi Azlan ketika berlum di Litar Valencia pada Ahad.

PELUMBA Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman dari Idemitsu Honda Team Asia melangkah ke garisan penamat di tempat ke-25 setelah bermula di petak ke-28 pada pusingan penutup Moto2 bagi Kejuaraan Dunia (MotoGP) 2013 yang berlangsung di Litar Ricardo Tomo di Valencia, Sepanyol pada Ahad.

Azlan yang menunggang jentera bernombor 25 memperbaiki catatannya sepanjang tiga hari kejuaraan tersebut beraksi baik menentang pelumba Afrika Selatan, Steven Odendaal dan pesaingnya dari Indonesia, Doni Tata Pradita dalam perlumbaan 27 pusingan ini.

Pengalaman Azlan akhirnya memberikan kelebihan buatnya apabila pelumba berusia 29 tahun ini mendahului 0.076 saat di hadapan jentera Speed Up tunggangan Odendaal.

"Penyertaan saya dalam pasukan Idemitsu Honda Team Asia bermula dari Pusingan 13 tempoh hari telah memberikan satu pengalaman berharga serta peluang keemasan untuk saya belajar memperbaiki prestasi.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih pada semua pihak yang menyokong dalam misi terbesar dalam karier saya ini.

"Setiap perlumbaan yang dilalui menjadi catatan dalam hidup saya dan saya percaya, ia tidak akan menjadi kenyataan jika tidak kerana sokongan keluarga, pasukan yang berkerja sama sebelum ini serta pasukan Idemitsu Honda Team Asia dan tidak lupa juga pihak penaja dan media dan penyokong di Malaysia," jelas Azlan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain