Tindakan FAM Ibarat 'Baling Batu' Sembunyi Tangan - Khairy - Sukan | mStar

Tindakan FAM Ibarat 'Baling Batu' Sembunyi Tangan - Khairy

KUALA LUMPUR: Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sikap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan enggan menerima teguran sebagai 'baling batu sembunyi tangan'.

Walaupun dikritik, Khairy berkata FAM hanya menganggap insiden penemuan pistol dalam sebuah tandas di Stadium Shah Alam semasa aksi final edisi ke-87 melibatkan Pahang dan Kelantan pada 3 November lepas sebagai kes terpencir.

Menurutnya beliau mengkritik kelemahan Jawatankuasa Keselamatan FAM mengendalikan perkara itu kerana ia melibatkan soal keselamatan penonton.

Katanya jika Menteri Belia dan Sukan tidak boleh menegur persatuan sukan, ia seolah-olah menunjukkan persatuan itu 'kebal' sehingga tidak boleh ditegur.

"Saya menegur sesetengah perkara kerana cintakan sukan bola sepak," katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas kapten skuad kebangsaan dan anggota jawatankuasa FAM Datuk Jamal Nasir Ismail dalam media pada Sabtu.

Jamal mendakwa bahawa Khairy berdendam dengan FAM apabila kerap mengkritik badan induk sukan bola sepak negara itu menerusi media sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa badan induk sukan bola sepak itu tidak wajar dipersalahkan kerana pihaknya telah meningkatkan kawalan pintu masuk stadium pada perlawanan itu.

Khairy berkata beliau tidak berminat untuk campur tangan dalam urusan FAM namun sebagai menteri berkenaan, beliau perlu menjalankan tugasnya.

"Adalah lebih baik jika saya memberi tumpuan kepada persatuan sukan lain, namun saya akan tetap akan perhatikan FAM dan tidak mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy meminta Persatuan Taekwondo Malaysia (TM) memohon kepada Kementerian Belia Dan Sukan untuk menambah alatan untuk sistem PPS (Protector And Scoring System) bagi meningkatkan kualiti pengadilan sukan tersebut di negara ini.

Beliau berharap sebagai badan induk utama sukan taekwondo di negara ini, TM mampu memperkasakan program pencarian bakat baharu agar Malaysia tidak ketandusan atlet muda pada masa hadapan.

"Taekwondo adalah salah satu daripada 19 sukan teras yang telah dikenal pasti untuk tumpuan dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet negara. Saya percaya dengan wujudnya sistem baharu ini yang lebih bersifat telus, atlet kita mampu diperkasakan pada masa hadapan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Tunku Ismail Mahu Tahu Pilihan Mohd Amirul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain