suria

Boateng Bantu Schalke Bangkit Atasi Werder Bremen

Boateng menanduk masuk gol ke gawang Werder Bremen.
Boateng menanduk masuk gol ke gawang Werder Bremen.
Boateng menanduk masuk gol ke gawang Werder Bremen.

KEVIN-Prince Boateng menjaringkan dua gol ketika Schalke kembali bangkit untuk menewaskan Werder Bremen 3-1.

Bremen berada di depan seawal minit ke-22 menerusi Felix Kroos sebelum Boateng menyamakan kedudukan pada minit ke-64.

Boateng menjaringkan gol kedua Schalke pada minit ke-85 sebelum Jefferson Farfan melengkapkan gol kemenangan ke-90.

Dalam perlawanan berasingan, Adrian Ramos menjaringkan dua gol untuk Hertha Berlin yang menewaskan Hoffenheim 3-2.

Anis Ben-Hatira meletakkan Hertha di depan seawal minit ke-13 dan Ramos menggandakan jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti.

Sejad Salihovic berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 sebelum menyamakan kedudukan dengan Hertha pada minit ke-81.

Namun Hertha terus berada pada kedudukan selesa selepas Ramos menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84.

Dalam satu lagi perlawanan, Borussia Monchengladbach berjaya menewaskan Nurnberg 3-1.

Josip Drmic meletakkan Nurnberg di depan pada minit ke-21 tetapi rembatan Juan Arango dan gol Niklas Stark yang tertampan ke gawang sendiri meletakkan Borussia di depan.

Namun, kontroversi tercetus pada minit ke-80 apabila gol Drmic dibatalkan selepas pegawai perlawanan gagal mengesan bola tersebut melepasi gawang.

Patrick Herrmann menjaringkan gol ketiga Borussia pada minit ke-87.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain