suria

Jazeman Ada Dua Pilihan Musim Depan

Jazeman Jaafar
Jazeman Jaafar
Jazeman Jaafar

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar mempunyai beberapa pilihan bagi menentukan hala tuju kerjayanya musim depan apabila akan menyertai ujian penting bersama jentera GP2 selain daripada Kejuaraan Siri Formula Renault 3.5 yang disertainya ketika ini.

Setelah menamatkan musim pertamanya di Kejuaraan Siri Formula Renault 3.5 dengan mencatat keputusan di tempat ketiga ketika perlumbaan di Monaco, pelumba di bawah Program Pembangunan Bakan PETRONAS itu memiliki pilihan dengan menyertai kedua-dua ujian itu yang akan dijalankan sepanjang November ini.

Jazeman beraksi bersama pasukan Carlin sejak empat tahun lepas akan melakukan ujian GP2 di Abu Dhabi dari 5 November dan berakhir hari ini (7 November) serta disusuli dengan ujian Siri Formula Renault 3.5 di Motorland Aragon, Sepanyol beberapa minggu akan datang sebelum membuat keputusan tentang perlumbaan yang akan disertainya pada musim hadapaan.

Mengulas tentang kedua-dua ujian yang akan dilakukan, Jazeman berkata: "Pengalaman memandu dua jentera yang berbeza ini akan menjadi pengalaman berguna kepada saya.

"Saya sudah biasa memandu jentera di Siri Formula Renault 3.5 tetapi saya belum pernah memandu jentera di GP2 dengan tayar Pirelli dan saya tidak sabar untuk mengetahui perbezaan kedua-dua jentera ini."

Tambahnya lagi, memandu kedua-dua jentera ini bersama dua pasukan berlainan juga memberi pendedahan penting kepadanya.

"Ia juga dapat mengekalkan tahap kecergasan saya sebelum menghadapi perlumbaan terakhir di Grand Prix Macau pada 16 hingga 17 November ini.

"Selain itu, di Macau nanti saya akan beraksi dengan jentera yang digunakan di dalam saingan British F3, jadi saya berpeluang menguji tiga jentera berlainan sepanjang bulan ini, satu pengalaman yang sangat berguna untuk saya," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain