suria

Tindakan Villas-Boas Tidak Mengeluarkan Lloris Dikecam

Lloris (oren) pengsan selepas bertembung dengan Lukaku (kanan).
Lloris (oren) pengsan selepas bertembung dengan Lukaku (kanan).
Lloris (oren) pengsan selepas bertembung dengan Lukaku (kanan).

PASUKAN Tottenham Hotspur sedia memberi lampu hijau kepada penjaga golnya, Hugo Lloris menjelang perlawanan akgi Liga Europa bertemu Sheriff Tiraspol pada Jumaat ini.

Insiden Lloris pengsan selepas bertempung dengan pemain Everton, Romelu Lukaku pada aksi Liga Perdana Ahad lalu menjadi perhatian gara-gara pengurus pasukan Andre Villas-Boas tidak mengeluarkan pemain itu dengan permainan berbaki 12 minit.

Penjaga gol antarabangsa Perancis itu di dapati sihat selepas menjalani imbasan otak, seterusnya turut menjalani latihan pada Rabu.

Tindakan Villas-Boas tidak menggantikan Llrosis selepas insiden itu menimbulkan perdebatan di kalangan pegawai bola sepak dunia.

Pegawai Perubatan Bola Sepak Dunia (FIFA), Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) dan Kesatuan Pemain Antarabangsa (FIFPro) mengecam keputusan tersebut.

Namun Spurs menegaskan bahawa pemain tersebut OK untuk berada dalam pasukan selepas menjalani rawatan intensif.

"Saya membuat tindakan itu berdasarkan keputusan pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan kepada pemain itu," jelasnya.

Artikel Lain