Piala Malaysia: 'Ulat' Jual Tiket Final RM120 Sekeping - Sukan | mStar

Piala Malaysia: 'Ulat' Jual Tiket Final RM120 Sekeping

KOTA BAHARU: Di sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada 'ulat tiket' yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.

Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.

Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.

Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.

Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.

Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.

"Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.

"Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya," katanya ketika ditemui di sini, Sabtu.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini," katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.

Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain