suria

Ramlan Mahu Atlet Tahu Sains Sukan

Dr Ramlan Abd Aziz
Dr Ramlan Abd Aziz
Dr Ramlan Abd Aziz

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz percaya bahawa semua atlet perlu tahu ilmu sains sukan di peringkat umur yang lebih muda. Namun sayangnya, itu tidak berlaku dan beliau menyahut cabaran tersebut bagi menyampai dan menguasai atlet dengan ilmu sains sukan.

Dr Ramlan menjelaskan situasi ini dengan lebih lanjut.

Soalan: Salah satu cabaran yang dihadapi ISN ialah kekurangan pengetahun atlet mengenai sains sukan. Kenapa?

Jawapan: ISN menawarkan khidmat kepada atlet negara. Kami akan memberi perhatian apabila mereka datang ke sini-kebanyakkan mereka berumur 20-an. Banyak masa yang kami perlu untuk mengajar mereka mengenai apa itu sains sukan.

Kami perlu menjelaskan kepada mereka mengenai ujian kecergasan, pembangunan kecergasan, pemikiran yang baik dalam latihan, conditioning, dan jangkaan yang berbeza boleh membawa kepada kejayaan. Ia seperti mengajar sesetengah orang yang baharu belajar menunggang basikal buat kali pertama. Yang pasti, ia satu cabaran besar buat kami.

S: Apakah umur yang paling sesuai untuk mengajar atlet mengenai sains sukan ini?

J: Peringkat umur 10 tahun adalah tahap yang sesuai. Korea Selatan, Jepun dan Thailand adalah contoh kejayaan mereka dalam pendedahan mengenai sains sukan di peringkat awal.

Mereka menyebarkan pengetahuan ini mengenai pembelajaran fizikal. Apabila mereka memasuki kumpulan elit, mereka boleh atau mampu mencapai tahap latihan yang lebih tinggi. Manakala atlet kita pula, perlu kembali belajar dari asas.

S:Adalah ISN sudah berbuat sesuatu untuk mengatasi keadaan ini?

J:Sejak saya menyertai ISN pada tahun 1992, sudah terbukti para atlet kekurangan pengetahun dalam sains sukan dan ia adalah cabaran yang paling besar.

Namun kini, kita bertuah kerana pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Bandar Penawar belajar mengenai perkara ini.

ISN turut membuat pelbagai projek. Dan di sekolah adalah satu tempat yang paling sesuai untuk menyebarkan ilmu sains sukan.

Bagi acara gimnastik dan olahraga, kami memulakan lebih awal. Kami juga turut bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam program ini. Beberapa acara lain akan dinilai secara rambang sekaligus boleh membawa pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan program yang lebih spesifik.

S: Apakah situasi yang paling sesuai untuk dilaksanakan?

J:Kementerian pelajaran telah perkenalkan program 'Satu pelajar Satu Sukan' dan ia merupakan permulaan yang baik. Saya mengambilm langkah yang lebih jauh dengan menggalakan setiap sekolah mempunyai 'sport-mover'.

Pembelajaran sains sukan sebenarnya bukan sahaja tertumpu kepada guru, pelajar ataupun jurulatih sahaja, tetapi ibubapa juga memainkan peranan penting.

S:Apakah perubahan yang telah dilakukan oleh ISN setakat ini?

J: Ramai pakar sains sukan datang dan pergi. Kami turut menggunakan khidmat konsultan luar negara bagi mengendalikan situasi ini pada tahun 1999, dan jelasnya ia telah membawa ISN ke landasan yang betul.

Pada tahun 2001, Malaysia meraih 111 pingat emas pada Sukan Sea di Kuala Lumpur. Kami turut memainkan peranan dalam pencapaian itu.

Jelasnya, ia merupakan satu kepuasan dan ia terus memberi keyakinan kepada kami utnuk meneruskan tugas-tugas ini. Kami tahu, kami berada di situasi yang betul.

S: Apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan?

J: Saya terlibat dengan pasukan hoki dan hubungan yang baik dengan mereka. Mereka merupakan pasukan awal yang memprakrikkan ilmu sains sukan sepenuhnya.

Saya juga tidak boleh lupa pengalaman bekerjasama dengan dua fisioterapi yang membantu memulihkan kecederaan kaki pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam tempoh 65 hari sebelum beliau meraih pingat perak pada Sukan olimpik di London. Ia merupakan satu pengalaman yang bagus.

Dengan jadual harian yang ketat, saya juga perlu memastikan masa bersama keluarga. Tanpa sokongan mereka, ia pasti lagi sukar.

Saya pernah membawa lima anak saya bersama isteri ke perlawanan hoki bagi memstikan saya berada dekat dengan mereka.

Isteri saya merupakan seorang pakar bedah dan kadang kala beliau turut membantu jika ada kecederaan. Pemain seperti Gary Fidelis dan K.Gobinathan pernah dirawat olehnya.Sekurang-kurangnya beliau gembira dapat bekerjasama dengan saya.

S: Apakah hala tuju ISN?

J: Kami masih lagi meneroka sains sukan ini walaupun sedar negara lain telah ke depan. Saya tahu kita tidak boleh berada sama tahap dengan mereka dan menjangkakan keputusan yang lebih dari sekarang.

Sebelum ini fokus kita adalah untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada atlet negara. Kini, kami akan cuba melakukan yang lebih baik.

Kami mahu membantu atlet negara memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik, Kejuaraan Dunia dan sebagainya.

Fokus kami adalah jelas, kami memerlukan budaya yang lebih baik, yang bermakna mempunyai tenaga kerja yang dan persekitaran yang lebih sempurna bagi menjalani perancangan lebih mantap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain