suria

MotoGP Jepun: Marquez Terbabas Ketika Sesi Latihan

MOTEGI: Pelumba yang mendahului dari segi kedudukan mata MotoGP, Marc Marquez terbabas ketika menunggang pada kelajuan tinggi motosikal ketika sesi latihan Grand Prix jepun, Ahad.

Marquez, 20, yang menunggang motosikal Honda itu bagaimanapun terselamat.

Beliau hilang kawalan ketika sesi latihan bebas di Selekoh 12 Litar Motegi, menyebabkan beliau menggelonsor di atas permukaan berpasir dan berpusing beberapa kali.

Penunggang dari Sepanyol itu kemudiannya bangun dan berjalan tanpa dibantu petugas litar serta menunggang semula ke pit dengan skuter.

Dia kemudiannya meneruskan latihan kira-kira 10 minit kemudian. - AFP

MotoGP Jepun, Marc Marquez, Terbabas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain