suria

Skuad Kelantan Terima Bonus RM150,000 Kerana Layak Ke Final

KOTA BHARU: Skuad Kelantan menerima 'durian runtuh' berjumlah RM150,000 selepas melangkah ke final Piala Malaysia 2013.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut membayangkan imbuhan lebih besar menanti skuad kendalian Bojan Hodak jika berjaya mengekalkan kejuaraan piala berprestij itu musim ini.

"Saya selalu kata bila menang kita tak perlu cakap sangat soal bonus. Kita tak melatih pemain kita bermain kerana bonus dan yang tahunya dia ada dapat bonus malam ini, dan bila mereka ke final akan dapat bonus lagi," katanya ketika ditemui di sini Sabtu.

Kelantan mara ke pentas final apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di sini semalam.

"Saya berbangga kerana pemain-pemain, walaupun bonus tidak tinggi sebenarnya untuk separuh akhir, tapi mereka masih menunjukkan semangat...itu yang kita mahu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain