suria

Liga Juara-Juara: United Menang Tipis, Kekal Kedudukan Teratas Kumpulan

Giggs mempamerkan aksi luar biasa pada aksi bertemu Sociedad, Khamis.
Giggs mempamerkan aksi luar biasa pada aksi bertemu Sociedad, Khamis.
Giggs mempamerkan aksi luar biasa pada aksi bertemu Sociedad, Khamis.

PASUKAN Manchester United hanya mencatat 1-0 ke atas Real Sociedad pada aksi peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi Khamis.

Bagaimanapun gol tunggal ini hasil daripada jaringan sendiri pemain Sociedad, Inigo Martinez yang cuba menyelamatkan cubaan Wayne Rooney namun tertendang bola ke arah gol sendiri.

Jaringan seawal minit kedua permainan ini menjadikan United mencatat gol terpantas dalam Liga Juara-Juara musim ini dalam tempoh 69 saat.

Pemain veteran, Ryan Giggs dan Rooney yang menyambut kelahiran ke-28 pada Khamis mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri dengan melakukan percubaan berbahaya namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Seorang lagi penyerang sensasi United, Robin van Persie direhatkan kerana masih lagi dalam proses pemulihan.

Kemenangan tipis ini cukup untuk meletakkan United di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata dalam tiga perlawanan sekaligus mengesahkan tempat dalam kelompok 16 pasukan terakhir nanti.

Manakala Sociedad terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam aksi seterusnya selepas gagal mengutip mata sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Senarai pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea; Rafael, Jones, Evans, Evra; Valencia, Carrick, Giggs, Kagawa; Rooney, Hernández.

REAL SOCIEDAD: Bravo, Martínez, Mikel, Iñigo, De la Bella, Bergara, Zurutuza, Prieto, Seferovic, Griezmann, Vela.

Artikel Lain