suria

Dr Krishnan Ganti Shahidan Sebagai Presiden KAM

KUALA LUMPUR: Datuk Dr G. Krishnan dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM) bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Keputusan pemilihan itu dibuatkan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) persatuan itu di sini, menurut kenyataan KAM pada Khamis.

Shahidan, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Mei lepas, melepaskan jawatan itu bagi mematuhi kehendak jemaah menteri.

Kabinet sebelum ini membuat keputusan melarang anggota pentadbiran kerajaan persekutuan memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.-BERNAMA

Artikel Lain