suria

Hoki: MHF Mahu Fokus Kejohanan Sembilan & Lima Sebelah

PEKAN: Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) akan memberi tumpuan kepada mana-mana kejohanan sembilan sebelah dan lima sebelah bagi terus merancakkan arena sukan hoki negara.

Presiden MHF, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kedua-dua kejohanan ini masih baharu kepada Malaysia, justeru MHF mengambil ketetapan untuk memajukan kedua-dua kejohanan berkenaan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, MHF akan menggilap bakat baharu dan tidak akan menyentuh mana-mana pemain daripada pasukan utama kebangsaan, titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam di sini, Ahad.

Baginda bertitah berkemungkinan MHF akan mewujudkan liga sendiri untuk dua kejohanan terbabit pada masa depan dengan terlebih dahulu memberi penekanan kepada kejohanan lima sebelah.

"Kita memerlukan pemain-pemain baharu yang segar dan berbakat, mungkin kita akan ada liga kita sendiri, Insya-Allah seperti Liga Lima Sebelah, itu yang akan kita utamakan," titah Tengku Abdullah.

Bginda bertitah kedua-dua kejohanan itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda berbakat dalam sukan tersebut dan baginda optimis ia akan dipertandingkan di kejohanan Sukan SEA atau Sukan Olimpik pada masa akan datang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain