suria

Satu Trofi Sudah Cukup - Ferguson

Alex Ferguson
Alex Ferguson
Alex Ferguson

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak meletak harapan tinggi buat pasukan itu selepas menyaksikan aksi merosot musim ini.

Ferguson hanya meletakkan sasaran hanya satu trofi sahaja dan ia sudah mencukupi buat United satakat ini selepas skuad kendalian David Moyes sekadar seri 1-1 dengan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu.

Keputusan itu jelas menyukarkan hasrat United bagi mempertahankan kejuaraan liga musim lalu apabila sekadar mengutip 11 mata, lapan mata di belakang Arsenal yang menerajui liga setakat ini.

Musim ini, mereka hanya menang tiga kali di bawah kendalian Moyes yang menggantikan Ferguson yang bersara.

"Bagi Moyes, menang satu trofi sudah memadai tidak kira Piala Liga, Piala FA, Liga Juara-Juara mahupun trofi Liga Perdana England.

"Buat masa ini, sukar untuk United mempertahankan trofi Liga Perdana England memandangkan pasukan lain cukup mantap," jelas Ferguson.

Artikel Lain