Pahang Tewaskan Sarawak 3-1 - Sukan | mStar

Pahang Tewaskan Sarawak 3-1

KUANTAN: Pahang membawa bekalan agak selesa apabila menewaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam Sabtu.

Pahang, yang dilihat lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percaturan berbahaya, mula memecah kebuntuan menerusi tandukan Azammuddin Akil hasil gerakan R.Gopinathan pada minit ke-28.

Keghairahan kira-kira 33,000 penyokong tuan rumah menikmati gol pertama, gawang Bujang Senang sekali lagi digegar dengan jaringan kedua tiga minit kemudian, juga menerusi tandukan Azammuddin hasil hantaran Jalalludin Jaafar.

Asakan berterusan pemain Pahang berjaya melebar penguasaan tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-37 apabila gawang Sarawak, yang ditinggal penjaganya, Sani Anuar Kamsani, memudahkan pemain import Matias Ruben Conti melambung bola terus ke dalam gol.

Rentak permainan Sarawak yang seakan tergelincir bagaimanapun kembali ke landasan apabila berjaya mencipta gol sagu hati pada minit ke-39 hasil rembatan Ketua Pasukan Mohd Shahrol Saperi dari luar kotak penalti.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan ke kubu lawan, namun sehingga wisel penamat, kedudukan kekal Pahang 3 Sarawak 1.

Pahang dijadual bertandang ke Sarawak bagi memenuhi perlawanan kedua Sabtu depan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain