Boris Becker BORIS Becker yakin Roger Federer masih mempunyai semangat dan motivasi untuk kembali ke kedudukan teratas.Bekas pemain no.1 dunia kelahiran Jerman itu yang meraih enam gelaran Grand Slam begitu yakin satu hari nanti Federer masih mampu memenangi kejuaraan utama walaupun telah memecat jurulatih, Paul Annacone selepas melalui musim teruk tahun ini. "Dia telah memecat Paul tetapi keputusan itu membayangkan Roger masih mempunyai semangat besar."Dia lebih tahu daripada orang lain yang dia adalah seorang pemain hebat sehingga sekarang."Saya tidak nampak dia sebagai pemain No.1, tetapi dia masih lagi bagus dan pantas," jelas Becker.Becker turut menambah bahawa Federer berpeluang untuk kembali ke landasan sebenar pada aksi Jelajah Akhir ATP Dunia di London.Federer kini berada di ranking ke-7 dunia dan bakal mengharungi Swiss Indoor di Basel minggu depan yang menyaksikan dia memenangi trofi kejohanan ini sebanyak lima kali sepanjang kariernya.