suria

MOM Sokong Usaha Malaysia Bida Kejohanan Piala Dunia Bersekutu 2014

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyokong penuh usaha Olimpik Istimewa Malaysia (SOM) membida tuan rumah pertama Kejohanan Bola Sepak Bersekutu Piala Dunia 2014.

Presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berharap ahli gabungan Olimpik Istimewa Antarabangsa (SOI) akan menyokong tawaran Malaysia tersebut.

"Saya berharap SOM akan berjaya dalam tawaran itu," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan delegasi SOI yang diketuai oleh Ketua Sifat Strategik, Peter Wheeler, di Wisma MOM di sini, Rabu.

Delegasi 50-anggota itu tiba di sini semalam untuk memeriksa kemudahan bola sepak di sekitar Lembah Klang serta mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin sukan tempatan.

Dalam pada itu, Presiden SOM, Datuk Muhammad Feison Hassan berkata pihaknya telah mengemukakan bidaan antara lain menonjolkan peranan pemain Malaysia yang mempunyai masalah kurang kemampuan intelek.

"Kami adalah antara penganjur terbaik dunia melibatkan aktiviti golongan kurang kemampuan intelek khususnya dalam bidang sukan," katanya.

Sementara itu, Wheeler, berkata selain Malaysia, Chile dan England turut berminat untuk menghoskan Kejohanan Piala Dunia melibatkan pertandingan pemain biasa dan pemain kurang kemampuan intelek.

Beliau berkata keputusan muktamad tuan rumah kejohanan itu akan diumumkan bulan depan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain