suria

Pedrosa Juara MotoGP Di Sepang

JUARA... Dani Pedrosa menjulang pialanya bagi meraikan kejayaan setelah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang, Ahad. Foto BERNAMA
JUARA... Dani Pedrosa menjulang pialanya bagi meraikan kejayaan setelah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang, Ahad. Foto BERNAMA
JUARA... Dani Pedrosa menjulang pialanya bagi meraikan kejayaan setelah berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang, Ahad. Foto BERNAMA

SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa menjuarai perlumbaan MotoGP pada Grand Prix Motosikal Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, Ahad.

Manakala rakan sepasukannya, Marc Marquez berada di tempat kedua, diikuti pelumba Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo.

Pedrosa mencatat 40 minit 45.191 saat untuk menggondol trofi kejuaraan ketiganya musim ini.

Pada aksi perlumbaan tersebut, Pedrosa,28, mengambil alih kedudukan Marquez sebelum melintas juara dunia, Jorge Lorenzo pada lima lap terakhir.

Dengan baki tiga perlumbaan lagi selepas ini, Marquez terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 298 mata, meninggalkan Lorenzo dengan 43 mata (255) manakala Pedrosa di tempat ketiga, 244 mata.

"Dani lebih baik hari ini. Kami kuasai litar dan saya cuba untuk lebih rapat dengan pelumba di depan, namun agak sukar. Bagaimanapun saya gembira kerana dapat mengutip mata di sini," jelas Marquez.

Manakala Pedrosa pula begitu teruja selepas pertama kali menjulang trofi buat kali pertama sejak Mei lalu.

"Perasaan puas hati dengan aksi di sini. Perlumbaan yang sengit namun tetapi saya dapat mengharungi dengan baik.

"Terima kasih kepada peminat, pasukan dan juga keluarga saya," jelas Pedrosa.

Perlumbaan akan diteruskan Grand Prix Australia, Philip Island pada 18 -20 Oktober.

Keputusan penuh MotoGP:

1 Dani Pedrosa 40:45.191

2 Marc Marquez +02.757

3 Jorge Lorenzo +06.669

4 Valentino Rossi +10.351

5 Alvaro Bautista +22.149

6 Cal Crutchlow +22.301

7 Bradley Smith +30.864

8 Andrea Dovizioso +45.111

9 Aleix Espargaro +59.264

10 Yonny Hernandez +01:01.417

11 Hiroshi Aoyama +01:03.665

12 Randy de Puniet +01:14.256

13 Claudio Corti +01:21.603

14 Hector Barbera +01:27.976

15 Colin Edwards +01:29.442

16 Danilo Petrucci +01:29.551

17 Luca Scassa +01:47.930

18 Bryan Staring +01:52.927

19 Michael Laverty +54.7

20 Lukáš Pešek +01:30.0

21 Nicky Hayden +25.7

22 Andrea Iannone +09.5

23 Damian Cudlin +01:21.2

24 Stefan Bradl DNF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain