suria

MotoGP Malaysia: Salom Julang Trofi Juara Moto3

SEPANG: Pelumba Red Bull KTM Ajo, Luis Salom menjuarai perlumbaan Moto3 pada aksi Grand Prix Motosikal Malaysia ( MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Salom yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pemandu dengan mengumpul 284 mata termasuk kemenangan ini, mempamerkan aksi konsisten sepanjang tiga hari di sini.

Pada pertengahan perlumbaan, pelumba Estrella Galicia O,O, Alex Rins mendahului pelumba-pelumba lain, namun pada lap terakhir Salom berjaya memintasnya sebelum membuat pecutan ke garisan penamat sekaligus meletakkan Rins di tangga kedua.

Gelaran di SIC ini merupakan kemenangan ketujuh Salom musim ini dengan melengkapkan 18 lap dalam tempoh 40 minit 42.441 saat.

Sementara itu pelumba Mahindra Racimg, Miguel Oliveira menduduki tangga ketiga, diikuti rakan sepasukan Rins, Alex Marquez dan kelima pelumba dari pasukan Calvo, Maverick Vinales.

"Saya cuba mengekalkan kedudukan depan pada lap terakhir, namun dipintas Salom. Bagaimanapun ini perlumbaan yang sengit," jelas Rins.

Manakala Rins berkata: "Perlumbaan yang sangat sukar tahun ini, namun saya gembira kerana dapat menjuarai perlumbaan ini apabila melakukannya di lap yang terakhir".

Jika tahun lalu, katagori ini mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong-penyokong Malaysia yang hadir ke litar melihat Zulfahmi Khairuddin beraksi, malangnya ia berbeza tahun ini.

Pada sesi pemanas badan sebelum perlumbaan, Zulfahmi terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan di pergelangan tangannya sebelum ini menjejaskan pergerakan walaupun telah disuntik dengan ubat penahan sakit.

Selain itu, dua lagi pelumba negara yang beraksi dalam kategori ini, Husni Aizat dan Amirul Hafiq Azmi dari pasukan Touchline-SIC-AJO gagal menamatkan perlumbaan selepas terkeluar ketika memasuki lap kedua dan ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain