suria

MotoGP Mengenang Kematian Simocelli Di Litar Sepang

SEPANG: Masyarakat Grand Prix Motosikal di sini, pada Jumaat mengingati mendiang Marco Simoncelli yang meninggal dunia ekoran kemalangan di Litr Sepang dua tahun lalu.

Menjelang kejohanan Grand Prix Motosikal Malaysia, bermula daripada pasukan GO&FUN Honda Gresini (yang sebelum ini dikenali sebagai San Carlo Honda Gresini), pasukan Simoncelli, anggota pasukan, penunggang dan para pegawai berjalan hingga 11 Turn di Litar Sepang.

Simoncelli terjatuh dan tergelincir di atas trek apabila beliau dilanggar penunggang Monster Yamaha Tech 3, Colin Edwards dan penunggang Ducati Team, Valentino Rossi di 11 Turn dalam kemalangan 2011 itu.

Penunggang berusia 24 tahun ini meninggal ekoran kecederaan pada toraks dan abdomen. Perlumbaan itu kemudiannya dihenti dan dibatalkan.

Pengurus pasukan GO&FUN Honda Gresini, Fausto Gresini meletakkan plak kekal di 11 Turn untuk memberi penghormatan kepada penunggang itu, diikuti dengan upacara bertafakur.

Anggota pasukannya dan lain-lain pasukan kemudiannya menghampiri plak itu untuk memberi penghormatan terakhir. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain