suria

MotoGP Malaysia: Marquez Tempah Petak Pertama

Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez berjaya mencatat masa terpantas dengan 2 minit 00.011 saat pada sesi kelayakan dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang di Sepang pada Sabtu. Foto S.S. KANESAN / THE STAR

SEPANG: Pelumba muda pasukan Repsol Honda, Marc Marquez meraih petak pertama sekaligus mengatasi rakan sepasukannya, Dani Pedrosa pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia, Sabtu.

Pedrosa yang menguasai kedudukan pertama sejak tiga sesi latihan sebelum ini hanya menempah petak kelima pada perlumbaan Ahad ini.

Marquez,20, mencatat 2'00.011 saat untuk berada di depan juara lima kali di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Valentino Rossi (2003, 04,06,08,10) dari pasukan Yamaha Factory Racing, manakala petak ketiga diraih oleh pelumba dari pasukan Monster Yamaha Tech, Cal Crutchlow.

Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang mengesahkam gelaran pertama dunia di Malaysia pada tahun 2010 berada di petak keempat.

Biarpun timbul sedikit kontroversi ketika pusingan di Grand Prix Aragon minggu lalu, Marquez meneruskan rentak konsisten selepas meraih enam gelaran musim ini.

Pelumba kelahiran Sepanyol ini kini menguasai kedudukan keseluruhan dengan 277 mata, kelebihan 38 mata di depan Lorenzo.

Manakala Crutchlow pula teruja dengan kedudukan yang dicapai pada pusingan ini.

"Saya gembira dengan kedudukan di barisan depan kali ini kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah dengan keadaan trek yang basah serta beberapa selekoh yang mencabar.

"Keputusan ini merupakan hadiah kepada pasukan yang melakukan tugas terbaik menyiapkan jentera sempurna.

"Pada perlumbaan sebenarnya nanti, sudah pasti sukar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, panas dan hujan, namun saya akan cuba memberi saingan yang terbaik," jelasnya selepas pusingan kelayakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain