Penswastaan Liga M Dijangka Dilaksanakan Menjelang 2015 - Sukan | mStar

Penswastaan Liga M Dijangka Dilaksanakan Menjelang 2015

SHAH ALAM: Penswastaan Liga Malaysia (Liga M) dijangka dilaksanakan pada tahun 2015.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Affandi Hamzah berkata peringkat awal penswastaan Liga M akan dimulakan dengan perkara asas seperti pembentukan badan bebas untuk menguruskan liga itu.

"Pada peringkat awal, kami tidak boleh memenuhi semua kriteria dan syarat...kami akan mulakan dengan perkara asas terlebih dahulu yang kemudiannya akan berkembang. "Kami sudah mulakan beberapa siri mesyuarat jawatankuasa penswastaan," katanya pada sidang akhbar Bengkel Penswastaan Liga 2015 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Khamis.

Bengkel anjuran Jawatankuasa Pelaksana itu dipengerusikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Datuk Abdullah Mohd Said dengan kerjasama FAM. Jawatankuasa itu pula dilantik oleh FAM untuk penyediaan kertas kerja Penswastaan Liga M 2015.

Affandi berkata perbincangan mengenai Penswastaan Liga M telah beberapa kali dijalankan dan berharap kertas kerja asas akan dibentang pada Mac atau April depan.

"Kerangka idea telah ada namun ia belum dimuktamadkan sepenuhnya," katanya sambil memberitahu bahawa FAM akan terlibat secara langsung dalam program pembangunan Liga M dan liga-liga di peringkat lain.

Abdullah berkata pihak Jawatankuasa Penswastaan akan mengumpul rumusan yang telah dibincangkan pada setiap bengkel dan akan membuat analisa serta penilaian terhadap semua perkara yang dikemukakan.

Ditanya mengenai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikhabarkan akan menukar semula venue aksi pertama separuh akhir Watsons Piala Malaysia melawan Kelantan ke Stadium Selayang setelah pada awalnya meminta untuk beraksi di Stadium Shah Alam, Affandi berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya harus periksa terlebih dahulu dengan pihak sekretariat...perkhabaran ada tapi bagi peluang saya periksa dulu...mungkin akan ada permohonan bertulis daripada ATM. "Saya tidak boleh nyatakan apakah ketetapan mengenai perkara itu (tukar venue) sebab tidak ada permohonan rasmi lagi...kalau kami terima permohonan kami akan bincangkan semula dan kalau ada, kami akan lihat alasan mereka sebelum buat keputusan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain