suria

MotoGP Malaysia: Hafizh Sasar Kelompok Sepuluh Aksi Kelayakan

Pelumba Petronas Raceline Malaysia (Moto2), Hafizh Syahrin ketika beraksi pada sesi latihan bebas sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. -Foto BERNAMA

SEPANG: Pelumba wildcard Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu berada dalam kelompok sepuluh terbaik pada aksi pusingan kelayakan MotoGP Malaysia pada Sabtu.

Hafizh yang mencatat 2 minit 09 saat pada sesi latihan bebas (L1) pertama dan kedua yakin dengan kemampuannya apabila berada kedudukan ke-15 dan 14 dalam kedua-dua sesi latihan pada Jumaat.

"Saya sangat gembira pada latihan bebas hari ini (Jumaat) kerana dapat melakukan yang terbaik.

"Pada latihan kedua keadaan jentera lebih baik berbanding pada latihan sebelum itu yang mengalami kerosakan enjin.

"Sebab itulah pada latihan kedua saa dapat perbaiki lagi kedudukan. Walaupun berada dalam kelompok kesepuluh pada pertengahan latihan itu, saya gagal untuk bertahan kerana ramai pelumba lain yang menghalang," jelasnya kepada media.

Hafizh berkata, dia berani untuk membuat sasaran tersebut kerana perbezaan masa dengan pelumba yang berada di kedudukan pertama (Esteve Rabat) hingga ke-14 hanyalah berbeza 0.09 sahaja.

"Setakat ini jentera berada dalam keadan baik, 'setting' juga sempurna dan saya akan cuba yang lebih baik pada sesi latihan ketiga sebelum meneruskan aksi kelayakan petang esok (Sabtu)," kata pelumba Petronas Raceline Malaysia ini.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto2 negara yang beraksi bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzzan pula berada di kedudukan ke-22.

"Permulaan yang agak baik tapi masih mencari 'setting' terbaik. Nasib malang sedikit selepas terjatuh kerana masih tidak biasa dengan tayar baharu yang masih keras.

"Saya terjatuh di selekoh keenam selepas melakukan dua lap. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan persembahan setakat ini.

"Saya akan cuba berada dalam kelompok 20 pada aksi pusingan kelayakan nanti," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain