suria

Nadal Kembali Sebagai Pemain Nombor Satu Dunia

Nadal kembali berada di kedudukan no.1 dunia.
Nadal kembali berada di kedudukan no.1 dunia.
Nadal kembali berada di kedudukan no.1 dunia.

PEMAIN Sepanyol, Rafael Nadal telah kembali menduduki takhta nombor satu pemain tenis lelaki dunia pada Isnin selepas berjaya ke pusingan akhir Terbuka China.

Nadal, 27, berjaya memenangi dua kejuaraan Grand Slam iaitu Terbuka Perancis dan Amerika tahun ini.

Kali terakhir beliau menjadi pemain nombor satu dunia ialah pada Julai 2011.

Walaupun Nadal tewas di tangan Novak Djokovic 6-3 6-4 pada perlawanan akhir Terbuka China itu pada Ahad tetapi itu sudah memadai untuk dia mengambil alih kedudukan pemain nombor satu dunia dari Djokovic.

Nadal telah memenangi kesemua 25 perlawanan di atas gelanggang keras sepanjang tahun ini.

Keseluruhannya beliau telah memenangi 65 perlawanan dan hanya tewas tiga perlawanan bagi tahun 2013.

Sepanjang tahun ini juga Nadal telah menjuarai 10 kejohanan dan menjadi naib juara dalam tiga kejohanan.

Sementara itu kedudukan Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia berakhir selepas mempertahankannya selama 101 minggu.

Berikut adalah senarai terbaru kedudukan pemain dalam ranking ATP dunia sehingga 7 Oktober 2013:

1. Rafael Nadal (Spa)

2. Novak Djokovic (Ser)

3. Andy Murray (GB)

4. David Ferrer (Spa)

5. Juan Martin Del Potro (Arg)

6. Tomas Berdych (Cze)

7. Roger Federer (Swi)

8. Stanislas Wawrinka (Swi)

9. Jo-Wilfried Tsonga (Fra)

10. Richard Gasquet (Fra)

11. Milos Raonic (Can)

12. Tommy Haas (Ger)

13. John Isner (US)

14. Gilles Simon (Fra)

15. Jerzy Janowicz (Pol)

16. Nicolas Almagro (Spa)

17. Fabio Fognini (Ita)

18. Kei Nishikori (Jpn)

19. Tommy Robredo (Afrika Sel)

20. Kevin Anderson (Afrika Sel)

Artikel Sebelum

Zulfahmi Ceria Boleh Berlumba

Artikel Berikut

Artikel Lain