suria

Sarawak Mesti Kurangkan Kesilapan - Robert Alberts

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts mahu pemainnya mengurangkan kesilapan apabila bertemu Pahang dalam peringkat separuh akhir Piala Malaysia pada 19 Oktober ini.

Sarawak layak ke separuh akhir dalam tempoh 13 tahun selepas mengalahkan Sime Darby 3-1 dalam perlawanan kedua suku akhir di Stadium Negeri, Petra Jaya malam Sabtu.

Beliau berkata Sarawak tidak boleh melakukan kesilapan kerana Pahang adalah pasukan yang lebih baik berbanding mereka.

"Pemain perlu lebih matang dan bersedia apabila menentang Pahang. Pahang memiliki kepantasan di bahagian sayap dan midfield serta pertahanan yang kuat," katanya.

Alberts berkata beliau akan mencari strategi terbaik untuk menentang Pahang. -BERNAMA

Artikel Lain